“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]

ikrar

Bahawa dengan sesungguhnya saya berjanji dan bersetia yang saya akan :
Bekerja bersungguh-sungguh membantu umat Islam  merancang dan menyelesaikan masalah harta pusaka mereka semata-mata kerana Allah SWT.
Bekerja dengan hati yang tulus, ikhlas dan jujur dengan niat utama untuk mengharapkan keredhaan Allah SWT di samping memperoleh rezeki yang diberkati Nya.
Belajar bersungguh-sungguh segala ilmu yang berkaitan dengan perancangan dan penyelesaian harta pusaka Islam dengan tujuan untuk disebarkan kepada masyarakat semata-mata kerana Allah SWT.
Sentiasa memberikan maklumat yang tepat dan perkhidmatan yang cemerlang kepada semua pelanggan semata-mata kerana Allah SWT.
Bekerjasama dengan rakan-rakan seperjuangan yang lain dan mengamalkan prinsip kerja berjemaah semata-mata kerana Allah SWT.
Sentiasa mengamalkan prinsip sangka baik hanya kepada Allah SWT.

0 comments:

Post a Comment