“Sungguh akan datang kepada manusia suatu masa, yaitu seseorang tidak lagi peduli dari mana dia mendapatkan harta, dari jalan halal ataukah (yang) haram”. [HR Bukhari]

falsafah

Falsafah Pertama
Wasiyyah Shoppe percaya bahawa apa yang dilakukan pada hari ini untuk mendidik masyarakat Islam merancang harta pusaka mereka mengikut Kaedah Syariah ialah satu usaha dakwah untuk menegakkan Sunnah Rasulullah SAW dengan NAWAITU utama SEMATA-MATA KERANA ALLAH SWT.
Walaupun pada asasnya ini adalah satu perniagaan, namun Wasiyyah Shoppe berpegang kuat kepada keyakinan bahawa objektif utama kami terlibat di dalam industri ini bukanlah kerana perniagaan semata-mata tetapi lebih penting lagi, kami mengejar keberkatan dan ganjaran 100 pahala mati syahid yang dijanjikan oleh Allah SWT kepada umatnya yang berjuang menegakkan Sunnah Rasulullah SAW.
  

Falsafah Kedua
Wasiyyah Shoppe berusaha keras untuk memastikan masyarakat Islam di Malaysia menerima mesej yang jelas bahawa jika mereka ingin merancang harta pusaka mereka, KAEDAH SYARIAH adalah satu-satunya PILIHAN YANG TERBAIK untuk mereka kerana sebagai panduan yang diturunkan oleh ALLAH SWT melalui RASULNYA, orang Islam mesti yakin sepenuhnya bahawa manafaat duniawi dan ukhrawi menanti kita jika kita menjunjung seruanNya.

Falsafah Ketiga
Wasiyyah Shoppe juga percaya bahawa seruan menegakkan Sunnah Rasulullah SAW di dalam industri ini perlu disampaikan oleh organisasi yang dimiliki oleh orang Islam sepenuhnya dan ditunjangi oleh Muslim yang berpegang kepada SYAHADAH serta mempunyai FIKRAH dan IKTIQAD jelas di dalam perjuangan ini. Masyarakat Islam perlu sedar bahawa perancangan harta pusaka secara Syariah tidak boleh dibuat di atas 'KEPERLUAN' semata-mata , tetapi mesti didasari oleh 'AQIDAH' dan 'KEYAKINAN' bahawa itulah yang terbaik untuk kita. Oleh itu walaupun dikritik hebat dan dianggap 'ortodok' , Wasiyyah Shoppe hanya membuka peluang kepada orang Islam sahaja untuk membawa produk dan perkhidmatannya ke dalam masyarakat Islam kerana apa yang mereka bawa bukanlah 'produk' semata-mata tetapi satu usaha DAKWAH. Wasiyyah Shoppe memegang kuat konsep 'Dari orang Islam, untuk orang Islam'

Falsafah Keempat
Wasiyyah Shoppe percaya bahawa harta pusaka yang diagih dengan cepat, tepat dan pada kos yang paling minima dapat memanafaatkan waris dan pemilik harta itu sendiri. Di Malaysia hari ini, KOS PENGURUSAN HARTA PUSAKA yang mencecah sehingga 5 % dikenakan kepada waris-waris bagi menguruskan harta pusaka si mati. Ini tidak termasuk kos-kos lain seperti kos buka fail, kos carian, kos guaman, kos cetakan dan pelbagai kos yang lain. Dalam banyak keadaan, pemilik harta semasa dinasihatkan untuk membuat Wasiat, Hibah atau apa sahaja dokumen, mereka TIDAK DITERANGKAN tentang kos pengurusan harta pusaka. Mereka selalu diberitahu bahawa dengan menyediakan WASIAT sahaja, kesemua isu harta pusaka mereka akan diselesaikan dengan sempurna. Kos pengurusan harta pusaka MAHAL yang akan dikenakan kepada waris atau harta pusaka TIDAK PERNAH DIPERJELASKAN DENGAN TERPERINCI.

Wasiyyah Shoppe menganggap bahawa situasi ini adalah satu PENGANIAYAAN baik kepada pemilik harta yang telah bertungkus-lumus mengumpul harta sepanjang hayat mereka mahupun kepada waris-waris. Wasiyyah Shoppe sentiasa berusaha untuk memperkenalkan perkhidmatan di mana waris akan menerima harta pusaka secara PERCUMA atau pada kos yang paling minima. Kami amat yakin dan percaya bahawa apabila waris-waris menerima harta pusaka dengan tepat, cepat dan secara PERCUMA, mereka akan berterima kasih kepada ibu atau bapa mereka yang telah merancang harta pusaka dengan sempurna sehinggakan tidak menimbulkan sebarang kesukaran kepada mereka langsung dan dengan itu waris-waris akan berterima kasih dengan MENDOAKAN ROH ibu atau bapa mereka. Sesungguhnya inilah di antara amalan bermanafaat yang tidak akan putus dari seorang anak adam walaupun selepas kematiannya iaitu doa dari anak-anak yang soleh / solehah.


0 comments:

Post a Comment