VISI KORPORAT
Untuk Menjadi Syarikat Perancangan Dan Pengurusan Harta Secara
Syariah Yang Utama di Malaysia Yang Memberikan Perkhidmatan
Peribadi (Personalized Service) Cemerlang Dengan
Menyebarkan Maklumat Yang Telus, Tepat dan Mudah Kepada
Masyarakat.
MISI KORPORAT
Memberikan perkhidmatan perancangan dan pengurusan harta pusaka secara
Syariah yang berkesan dari segi undang-undang, pantas dari
segi penyelesaian dan memudahkan dari segi proses dan kos
kepada pelanggan dan waris.
NILAI KORPORAT
# Berkerja kerana Allah S.W.T
Wasiyyah Shoppe memegang
pendirian bahawa penglibatan kami di dalam industri perancangan harta
secara Syariah pada hari ini ialah sebahagian dari ibadat Fardhu
Kifayah. Segala usaha, tenaga dan masa yang dicurahkan di dalam kerja
kami dinaiwaitukan semata-mata kerana Allah SWT. Kami yakin dan percaya
bahawa Allah SWT akan sentiasa memberkati usaha yang dilakukan oleh
hambaNya yang ikhlas dan jujur.
# Cekap dan Pantas
Wasiyyah Shoppe akan
melaksanakan segala urusan pelanggan dengan lebih cekap dan pantas
berbanding dengan pemain lain di dalam pasaran. Ini adalah jaminan mutu
perkhidmatan terbaik yang akan diberikan oleh Wasiyyah Shoppe kepada
semua pelanggannya.
# Beramanah
Wasiyyah Shoppe mengambil
pendirian bahawa segala urusan pelanggan adalah amanah yang mesti
dilaksanakan dengan bersungguh-sungguh dan sesempurna mungkin. Sebagai
organisasi yang beroperasi sepenuhnya mengikut Konsep Syariah, amanah
dari pelanggan adalah keutamaan kami.
# Maklumat Telus dan Tepat
Wasiyyah Shoppe menganggap
bahawa pelanggan adalah seorang bijaksana yang boleh membuat
pertimbangan terbaik mengenai kemahuan dan keperluan perancangan harta
secara Syariahnya. Oleh itu, untuk membolehkan pelanggan mampu membuat
keputusan tepat, maklumat yang telus dan tepat akan diberikan oleh
Wasiyyah Shoppe.
# Perkhidmatan Pelanggan yang Cemerlang
Wasiyyah Shoppe percaya dan
yakin bahawa satu-satunya cara untuk memastikan kesetiaan pelanggan
ialah dengan memberikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlang. Wasiyyah
Shoppe akan berusaha semaksima mungkin di dalam kapasitinya untuk
mencapai matlamat ini.






0 comments:
Post a Comment